Persetujuan bersama : Kontrak CEO, Ketua Jurulatih Harimau Malaya, B23 ditamatkan

FAM sedang mengambil langkah sewajarnya berhubung pengisian jawatan berkenaan

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Kontrak Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Robert Douglas Friend ditamatkan menerusi persetujuan berkuat kuasa 1 Jun.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kontrak ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, serta staf teknikal Matthew Smith dan Seiya Imazaki ditamatkan berkuat kuasa 16 Jun.
  • Kontrak ketua jurulatih B-23 Nafuzi Zain dan jurulatih penjaga gol Mohd Yazid Mohd Yassin ditamatkan berkuat kuasa 15 Jun.
  • FAM menghargai jasa, komitmen dan sumbangan semua pegawai sepanjang perkhidmatan bersama pasukan kebangsaan.
  • FAM sedang mengambil langkah mengisi kekosongan bagi memastikan hala tuju dan kesinambungan program pasukan; perkembangan akan dimaklumkan.

Menerusi kenyataan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut menyatakan kontrak ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski serta dua staf teknikal skuad senior, masing-masing, Matthew Smith dan Seiya Imazaki juga ditamatkan atas persetujuan bersama berkuat kuasa 16 Jun.

“Atas alasan sama, turut ditamatkan kontrak adalah ketua jurulatih pasukan Bawah-23 negara Nafuzi Zain dan jurulatih penjaga gol Mohd Yazid Mohd Yassin berkuat kuasa 15 Jun.

“Keputusan yang dibuat dihormati FAM dengan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih atas segala jasa, komitmen dan sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan bersama-sama pasukan kebangsaan.

“FAM juga sedang mengambil langkah sewajarnya berhubung pengisian jawatan berkenaan, bagi memastikan kelancaran hala tuju dan kesinambungan program pasukan kebangsaan. Sebarang perkembangan lanjut, akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,jelas kenyataan berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.