
BUCHAREST, 15 Oktober – Tujuh individu hilang selepas dua kapal diserang dron di Laut Hitam pada Khamis, lokasi beberapa kapal turut menjadi sasaran serangan sejak kebelakangan ini yang dipercayai berkaitan dengan konflik Ukraine.
- Presiden Romania Nicușor Dan kecam serangan dan gesa hentikan tindakan itu selepas bertemu pemimpin Bulgaria dan Ketua NATO di Brussels.
- Pihak berkuasa menyiasat kemungkinan serangan dron terhadap kapal tangki Yara J selepas kebakaran dilaporkan dan anak kapal berjaya memadamkan api.
- Kebakaran juga berlaku pada kapal Wine Trader berhampiran Sulina; kapal diiktiraf sebagai tangki kimia dengan operasi penyelamatan dijalankan.
Serangan itu merupakan kejadian terbaharu dalam siri serangan di perairan berhampiran pantai Romania dan negara jirannya, Bulgaria, sejak beberapa minggu lalu.
Menerusi hantaran di platform X selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin Bulgaria dan Ketua NATO, Mark Rutte di Brussels bagi membincangkan isu berkenaan,
Presiden Romania, Nicușor Dan menerusi hanataran X menyifatkan kejadian itu sebagai “tidak boleh diterima” dan perlu dihentikan.
“Situasi di Laut Hitam serius. Kapal komersial diserang dan ditenggelamkan. Kelasi terbunuh, cedera dan hilang, berhampiran pantai Romania dan Bulgaria.
“Nyawa manusia, perdagangan global dan infrastruktur kritikal kini terancam,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin Bulgaria dan Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Mark Rutte di Brussels.
Pada Rabu, Romania memaklumkan pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan serangan dron terhadap kapal tangki Yara J yang mengibarkan bendera Comoros.
Kebakaran dilaporkan berlaku di atas kapal itu, namun anak kapalnya berjaya memadamkan api berkenaan.
Kemudian, kira-kira pukul 7 pagi (waktu tempatan) pada Khamis, pihak berkuasa Romania melaporkan kebakaran berlaku di sebuah lagi kapal, Wine Trader, kira-kira 13 batu nautika ke tenggara bandar Sulina di Romania.
Menerusi laman penjejakan kapal VesselFinder mengenal pasti kapal yang mengibarkan bendera San Marino itu sebagai kapal tangki kimia.
Ketika berucap pada sidang kemuncak Kesatuan Eropah (EU) di Brussels, Dan berkata kedua-dua kapal itu telah “diserang” menggunakan dron udara.
Pihak Berkuasa Tentera Laut Romania dalam satu kenyataan memaklumkan, terdapat 12 individu di atas kapal Wine Trader.
“Lima kru kapal berjaya diselamatkan, manakala tujuh lagi masih hilang. Kapal berkenaan tidak membawa sebarang muatan,” menurut kenyataan itu.- AFP