ASEAN tidak berkecuali isu Gaza, kekal pendirian berdasarkan prinsip – PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim/RT International

KUALA LUMPUR, 18 Jun- Malaysia dan ASEAN tidak menggunakan istilah berkecuali dalam menangani isu antarabangsa seperti konflik di Gaza kerana pendirian blok itu tetap berasaskan prinsip hak asasi manusia dan penolakan terhadap kekejaman.

RINGKASAN BERITA AI
  • ASEAN menggunakan konsep 'centrality', menunjukkan tidak terikat kepada ideologi atau kuasa besar.
  • Pendirian ASEAN merangkumi isu Gaza, serangan ke atas Lubnan dan pencabulan hak asasi manusia.
  • Malaysia mengambil pendirian bebas dalam hubungan antarabangsa serta isu geopolitik melibatkan banyak negara.
  • Kerajaan terus berunding diplomatik dengan pemimpin lain untuk mencari penyelesaian; Perdana Menteri hadir di Kazan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ASEAN sebaliknya menggunakan konsep ‘centrality’ yang menunjukkan rantau itu tidak terikat dengan mana-mana pendirian ideologi atau kuasa besar.

Beliau berkata pendirian itu termasuk dalam isu Gaza, serangan terhadap Lubnan serta tindakan yang dianggap melibatkan pencabulan hak asasi manusia.

“Ini bermakna kita tidak terikat dengan mana-mana pendirian ideologi atau kuasa besar tertentu, tetapi kita menyatakan perasaan dan pendirian kita dengan tegas selaras dengan dasar mengenai hak asasi manusia, penyalahgunaan kuasa dan kekejaman terhadap minoriti di tempat lain,” katanya ketika ditemu bual RT International di Rusia.

Datuk Seri Anwar berkata, Malaysia mengambil pendirian yang bebas dalam hubungan antarabangsa termasuk ketika berdepan isu geopolitik membabitkan pelbagai negara.

Beliau berkata Malaysia turut menyuarakan pendirian terhadap serangan ke atas negara berdaulat serta menegaskan perkara itu perlu dilihat dari sudut prinsip asas hubungan antarabangsa.

Menurutnya, Malaysia terus terlibat dalam usaha diplomasi dengan pemimpin negara berkaitan bagi mencari penyelesaian terhadap konflik yang berlaku.

Perdana Menteri berada di Kazan untuk lawatan kerja dua hari ke ibu negara dan bandar terbesar di Tatarstan, Rusia itu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia, yang berlangsung dari 17 hingga 18 Jun ini.

Lawatan berkenaan diadakan atas jemputan Presiden Vladimir Putin.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.