Banjir : Penduduk terjejas di Perak kekal 92 orang

Dua PPS dibuka pada14 Jun 2026 bagi menempat penduduk terjejas banjir

IPOH, 15 Jun – Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak kekal 92 orang daripada 33 keluarga setakat pukul 4.00 petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dua Pusat Pemindahan Sementara masih beroperasi di dua daerah.
  • PPS Sekolah Kebangsaan Beruas di Manjung menempatkan 51 penduduk daripada 19 keluarga.
  • PPS Sekolah Kebangsaan Batu Hampar di Larut Matang dan Selama menempatkan 41 penduduk daripada 14 keluarga.
  • Kedua-dua PPS dibuka malam tadi susulan hujan lebat berterusan dan limpahan air sungai ke penempatan.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi di dua daerah.

PPS Sekolah Kebangsaan Beruas di daerah Manjung masih menempatkan 51 penduduk daripada 19 keluarga.

Sementara itu, 41 penduduk daripada 14 keluarga pula berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Batu Hampar di daerah Larut Matang dan Selama.

Kedua-dua PPS tersebut dibuka malam tadi susulan hujan lebat berterusan dan limpahan air sungai ke penempatan penduduk.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.