
SEMENYEH, 13 Jun– Little Riders Grand Prix 2026 menjadi platform pembangunan akar umbi yang memperkenalkan sukan berbasikal kepada kanak-kanak.
- Acara pushbike melibatkan peserta umur dua hingga lapan tahun dan dibahagikan kepada enam kategori pertandingan.
- PKBM melihat program ini sebagai usaha mencungkil dan membangunkan bakat baharu dalam sukan berbasikal.
- Perlumbaan menguji kelajuan, kemahiran teknikal serta keberanian peserta mengharungi laluan.
- Litar unik dalam pusat beli-belah dan sokongan S P Setia menjadikan acara mesra keluarga dan selamat.
Acara pushbike berkonsepkan siri perlumbaan itu melibatkan peserta berusia antara dua hingga lapan tahun yang dibahagikan kepada enam kategori pertandingan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Firdaus Arshad berkata, program berkenaan merupakan antara usaha mencungkil dan membangunkan bakat baharu dalam sukan berbasikal.
“Ini adalah satu perkembangan yang baik bagi PKBM untuk melahirkan bakat-bakat cilik pada masa akan datang kerana pushbike merupakan asas kepada pembangunan sukan berbasikal,” katanya.
Menurut beliau, perlumbaan tersebut bukan sahaja menguji kelajuan, malah kemahiran teknikal serta keberanian peserta mengharungi laluan yang disediakan.
Keunikan Little Riders Grand Prix 2026 menampilkan keunikan apabila perlumbaan berlangsung di dalam pusat beli-belah yang diubah suai menjadi litar khas.
Ia sekali gus memberikan pengalaman perlumbaan yang berbeza kepada peserta cilik.
Penganjuran sulung acara itu mendapat sokongan PKBM serta kerjasama pemaju hartanah, S P Setia sebagai rakan strategik.
Program berkenaan turut membuka ruang kepada lebih ramai kanak-kanak mendekati sukan berbasikal dalam persekitaran yang selamat dan mesra keluarga.