KPWKM teruskan bantuan guaman kepada wanita kurang berkemampuan

Foto FB Hajah Nancy Haji Shukri

KOTA KINABALU, 16 Ogos – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menyediakan bantuan guaman kepada wanita kurang berkemampuan termasuk ibu tunggal dan tiada pekerjaan menerusi peruntukan belanjawan akan datang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kementerian mempergiat program advokasi untuk memberi penerangan dan panduan kepada wanita mangsa keganasan rumah tangga.
  • Mangsa digesa melaporkan kejadian kepada polis serta mendapatkan rawatan di hospital yang menyediakan One Stop Crisis Centre.
  • Dapatkan sokongan psikososial dan khidmat kaunseling melalui Talian Kasih 15999 supaya mangsa mampu meneruskan kehidupan.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bantuan itu merangkumi khidmat guaman bagi kes perkahwinan dan perceraian secara sivil mahupun syariah.

Pada masa sama, kementeriannya akan terus mempergiat program advokasi bagi memberi penerangan dan panduan kepada wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga supaya tidak terus berada dalam situasi tersebut.

“Kita tidak mahu wanita membiarkan dirinya menjadi mangsa, sebab itu kita sentiasa ada program-program advokasi untuk memberi penerangan, memberi panduan kepada wanita-wanita yang pernah menjadi mangsa.

“Kita mahu mereka menjadi ‘survivor’ supaya mereka ini mempunyai semangat untuk meneruskan kehidupan dan tidak membiarkan diri terus dijadikan mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Beliau berharap setiap mangsa keganasan rumah tangga mengetahui prosedur yang betul, termasuk melaporkan kejadian kepada pihak polis serta mendapatkan rawatan di hospital yang menyediakan pusat krisis bersepadu, ‘One Stop Crisis Centre’ (OSCC).

Mangsa juga boleh mendapatkan sokongan psikososial dan khidmat kaunseling dengan
menghubungi Talian Kasih 15999.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.