
SERDANG, 16 Ogos – Pemegang rekod kebangsaan 110 meter (m) lari berpagar, Mohamad Armin Zahryl Abdul Latif mengesahkan statusnya sebagai raja acara itu di pentas SUKMA apabila mempertahankan pingat emas di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.
- Catatan 13.66s, memadam rekod SUKMA 14.10s milik Rayzamsyah Wan Sofian (edisi 2008).
- Pingat perak: Muhammad Hazriq Cik Mat Kilau (Johor) dengan 13.83s.
- Gangsa dimenangi Muhammad Ruzki A’Limi Mohd Zahizal mewakili Wilayah Persekutuan.
- Armin sebelum ini mencipta rekod kebangsaan 13.63s pada Kejohanan Olahraga B-23 Asia di Ordos, China.
Pelari Terengganu itu tampil dengan aksi bertenaga untuk merekodkan 13.66 saat, sekali gus memadam rekod SUKMA 14.10s milik Rayzamsyah Wan Sofian yang dilakar pada edisi 2008.
Pingat perak menjadi milik pelari Johor, Muhammad Hazriq Cik Mat Kilau dengan catatan 13.83s, manakala Muhammad Ruzki A’Limi Mohd Zahizal dari Wilayah Persekutuan meraih gangsa.
Kejayaan itu menyaksikan Armin Zahryl bukan sahaja berjaya mempertahankan emas dimenanginya pada edisi terdahulu, malah memperbaharui rekod SUKMA
dalam acara berkenaan.
Armin Zahryl sebelum ini turut mencipta rekod kebangsaan baharu 13.63s pada Kejohanan Olahraga Bawah 23 Tahun Asia di Ordos, China, bulan lalu.