Judo : Pulau Pinang pamer taring

Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 16 Ogos – Skuad judo Pulau Pinang terus mempamerkan taring pada acara berkenaan
selepas meraih dua pingat emas pada hari terakhir sukan berkenaan yang melabuhkan tirainya di Ideal Convention Centre (IDCC), disini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ivan Ong Jun Hee juara kategori Bawah 90kg lelaki, menewaskan Muhammad Suria melalui ippon.
  • Khor Wei Ning dominan dalam Bawah 63kg wanita, menumbangkan Nur Aina Batrisyia dengan ippon.
  • Danish Mirza Nasrin (Pahang) juara Lebih 90kg lelaki, mengatasi Shaldon Yanjun Thae dari Pulau Pinang dengan ippon.
  • Leng Ko Jia (Sarawak) menang Bawah 70kg wanita, menundukkan Tan Mei Xu dari Melaka menerusi ippon.

Dua emas berkenaan disumbangkan menerusi Ivan Ong Jun Hee dan Khor Wei Ning.

Ivan mengesahkan status selaku juara kategori Bawah 90 kilogram (kg) lelaki selepas berjaya menundukkan atlet tuan rumah, Muhammad Suria dalam aksi perlawanan akhir menerusi ippon.

Kecemerlangan itu diteruskan Khor Wei Ning dalam kategori Bawah 63kg wanita yang tampil dominan menewaskan wakil Terengganu, Nur Aina Batrisyia menerusi keputusan ippon.

Sementara itu, kategori Lebih 90kg lelaki menyaksikan wakil Pahang, Danish Mirza Nasrin muncul juara selepas menumbangkan cabaran Shaldon Yanjun Thae dari Pulau Pinang, juga menerusi kemenangan ippon.

Bagi kategori Bawah 70kg wanita pula, pingat emas menjadi milik atlet Sarawak, Leng Ko Jia yang menguasai saingan selepas menewaskan wakil Melaka, Tan Mei Xu secara ippon.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.