200 pelajar STPM di Perlis diberi pendedahan laluan IPT

200 pelajar Tingkatan 6 dari 12 buah sekolah menengah di seluruh Perlis menyertai Seminar Aspirasi Mahasiswa Tingkatan 6 Perlis

KANGAR, 13 Jun – Seramai 200 pelajar Tingkatan 6 dari 12 buah sekolah menengah di seluruh Perlis diberi pendedahan mengenai laluan pendidikan tinggi, malah meningkatkan motivasi serta keyakinan diri mereka dalam merancang masa depan akademik dan kerjaya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Membantu pelajar membuat keputusan lebih jelas mengenai hala tuju pengajian dan meningkatkan motivasi serta keyakinan dalam merancang masa depan akademik.
  • Memberi kefahaman awal tentang kehidupan kampus, peluang pendidikan dan laluan pengajian yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi.
  • Dijayakan melalui kerjasama universiti, jabatan negeri dan badan berkaitan untuk mempertingkat perancangan pendidikan selepas tamat sekolah.

Menurut Pengarah Jalinan Strategik Seminar Aspirasi Mahasiswa, Rifqie Aiman Mohd Salehuddin, ia dilihat sebagai medium dalam membantu pelajar membuat keputusan lebih jelas berkaitan hala tuju pengajian serta mendorong mereka untuk lebih bersemangat dalam mencapai kecemerlangan akademik dan pembangunan diri.

“Program ini turut memberi kefahaman awal berkaitan kehidupan kampus, peluang pendidikan serta laluan pengajian yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi.

“Melalui pelaksanaan program ini, para pelajar diharap dapat menambah pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan perancangan pendidikan selepas tamat persekolahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Seminar Aspirasi Mahasiswa Tingkatan 6 Perlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini.

Bertemakan “Mengorak Hala Tuju dan Aspirasi Mahasiswa Ke Arah Masa Depan Gemilang” ia dilihat signifikan dengan hala tuju pelajar yang akan menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan seterusnya mengapai impian melanjutkan pendidikan ke peringkat tertinggi.

Program berkenaan melibatkan 20 orang fasilitator dan 40 orang ahli jawatankuasa dalam kalangan mahasiswa Persatuan Anak Negeri Perlis Universiti Kebangsaan Malaysia (PERMAPS) dan Angkatan Mahasiswa dan Mahasiswi Perlis Universiti Sains Malaysia (AMLIS USM).

Ia turut dijayakan dengan kolaborasi Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Perlis, Akademi Kenegaraan Malaysia Pejabat Jabatan Perdana Menteri Negeri Perlis, Majlis Agama Islam
dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Yayasan Islam Perlis dan Majlis Mahasiswa Anak Perlis (MARLIS).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.