
KUWAIT CITY, 11 Jun – Kuwait mengumumkan penutupan sementara ruang udaranya, bermula 4.30 pagi waktu tempatan.
- Semua penerbangan dilencongkan ke lapangan terbang alternatif.
- Langkah itu susulan serangan Iran dan mengambil kira risiko kepada penerbangan awam di rantau itu.
- Ruang udara akan dibuka semula sebaik pihak berkuasa tempatan menilai keadaan selamat.
- Sistem pertahanan udara Kuwait bertindak mengikut prosedur operasi; rakyat diminta mematuhi arahan dan dapatkan maklumat rasmi.
Direktorat Penerbangan Awam Kuwait menerusi kenyataan memaklumkan, semua penerbangan dilencongkan ke lapangan terbang alternatif.
Langkah berkenaan susulan serangan Iran ke atas Kuwait dan mengambil kira risiko kepada penerbangan awam di rantau itu.
Ruang udara trafik akan dibuka dan disambung semula sebaik sahaja keadaan kembali selamat berdasarkan penilaian pihak berkuasa tempatan.
Terdahulu, sistem pertahanan udara Kuwait siap sedia memintas sasaran udara musuh selepas Amerika Syarikat melancarkan serangan terbaharu ke atas Iran.
Markas Tentera Kuwait menerusi hantaran di platform ‘X’ memaklumkan, sistem pertahanan sedang bertindak mengikut prosedur operasi yang telah ditetapkan.
Rakyat diminta mematuhi arahan dan garis panduan keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa serta mendapatkan maklumat hanya daripada simber rasmi dan sahih.-AFP