MARA pantau perkembangan semasa, jamin keselamatan pelajar di Asia Barat

Foto BERNAMA 

KUCHING, 10 Jun – Majlis Amanah Rakyat (MARA) sentiasa memantau perkembangan semasa di rantau Asia Barat bagi memastikan keselamatan pelajar tajaannya terus terjamin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Timbalan Menteri Datuk Rubiah Wang mengesahkan keadaan di Asia Barat kini terkawal.
  • Tiada permohonan pelajar pulang; tiada pelajar MARA di Iran; pelajar di Asia Barat dilaporkan selamat dan masih mahu meneruskan pengajian.
  • MARA belum mengambil langkah drastik, menasihatkan pelajar berwaspada dan bekerjasama dengan JPA serta agensi berkaitan untuk pemantauan.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang mengesahkan, ketika ini situasi adalah terkawal.

Ujarnya, setakat ini tiada sebarang permohonan daripada pelajar terbabit untuk pulang ke Malaysia susulan ketegangan yang berlaku di rantau berkenaan.

“Kita tidak mempunyai pelajar yang melanjutkan pengajian di Iran, namun di Asia Barat pelajar MARA masih dalam keadaan yang terkawal selamat dan masih mahu belajar di sana. Setakat ini berdasarkan kepada reaksi yang kita terima daripada pelajar. Pejabat MARA juga sentiasa memantau mereka,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa MARA belum mengeluarkan sebarang arahan atau langkah drastik sebaliknya hanya menasihatkan pelajar agar sentiasa berwaspada.

Agensi itu juga bekerjasama rapat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta agensi berkaitan bagi memantau keadaan pelajar Malaysia di luar negara.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2025 di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini hari ini.

Seramai 22 pelajar memperoleh keputusan cemerlang dan MRSM Kuching mencatatkan gred purata maktab sebanyak 2.635.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.