PRM 2.0: Selangor catat 83,787 permohonan, kutipan RM42.61 juta

Foto RTM

SHAH ALAM, 30 Oktober – Selangor merekodkan jumlah permohonan tertinggi Program Repatriasi Migran (PRM) 2.0 di seluruh negara, dengan 83,787 permohonan sejak program itu dilaksanakan pada Mei tahun lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perincian pemohon: 60,913 lelaki; 20,293 wanita; 1,375 kanak-kanak lelaki; 1,206 kanak-kanak perempuan.
  • Kutipan sehingga 30 September dicatat RM42.61 juta, termasuk RM1.68 juta Pas Khas dan RM40.93 juta menerusi PRM 2.0.
  • Jabatan Imigresen menggesa warga asing yang tinggal lebih masa supaya sertai program untuk pulang melalui saluran sah.
  • Empat pejabat utama dengan kehadiran tinggi: Shah Alam, Kelana Jaya, Pelabuhan Klang dan Kajang.

Pemangku Pengarah Imigresen Selangor, Mohmad Khusairi Kamarudin berkata, daripada jumlah itu, 60,913 permohonan membabitkan lelaki, 20,293 wanita, 1,375 kanak-kanak lelaki dan 1,206 kanak-kanak perempuan.

“Sehingga 30 September lalu, jumlah kutipan yang direkodkan ialah RM42.61 juta, merangkumi kira-kira RM1.68 juta daripada bayaran Pas Khas dan RM40.93 juta menerusi PRM 2.0.

“Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor turut menggalakkan warga asing yang melakukan kesalahan imigresen, khususnya tinggal lebih masa di negara ini, supaya tampil menyertai program berkenaan bagi membolehkan mereka pulang ke negara asal melalui saluran yang sah,” katanya pada sidang media di Pejabat Imigresen Negeri Selangor, di sini.

Tambahnya, empat pejabat imigresen utama iaitu Shah Alam, Kelana Jaya, Pelabuhan Klang dan Kajang merekodkan kehadiran pemohon yang agak tinggi bagi menyertai program berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.