Imigresen Selangor tahan 242 warga asing

Foto RTM

SHAH ALAM, 30 Oktober – Seramai 242 warga asing ditahan dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu oleh Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Negeri Selangor di sekitar Shah Alam, Subang Jaya dan Klang, pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi bermula pukul 10 malam, memeriksa 321 individu di empat premis perniagaan dan kediaman.
  • Daripada yang ditahan, 180 lelaki dan 62 perempuan, berusia antara 25 hingga 50 tahun.
  • Imigresen menggesa orang ramai termasuk pengaruh media sosial menyalurkan maklumat dan mempunyai pasukan khas memantau platform.

Operasi yang bermula pada pukul 10 malam itu melibatkan pemeriksaan terhadap 321 individu di empat premis perniagaan dan kediaman.

Pemangku Pengarah Imigresen Selangor, Mohmad Khusairi Kamarudin berkata, daripada jumlah yang ditahan, 180 merupakan lelaki manakala 62 lagi perempuan, berusia antara 25 hingga 50 tahun.

beliau menggesa orang ramai, termasuk pempengaruh media sosial, supaya menyalurkan maklumat atau aduan kepada Imigresen sekiranya mengesan aktiviti warga asing yang disyaki melanggar undang-undang imigresen.

Menurutnya, Imigresen Selangor turut mempunyai pasukan khas yang memantau platform media sosial bagi mengesan maklumat berkaitan aktiviti warga asing untuk tindakan lanjut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.