CSA 13 Ahli Parlimen perkukuh kestabilan politik negara

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 30 Oktober –Pemeteraian Perjanjian Kerjasama Kepercayaan dan Pembekalan (CSA) antara 13 Ahli Parlimen dengan Kerajaan MADANI dilihat sebagai perkembangan positif ke arah memperkukuh kestabilan politik negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerjasama mencerminkan semangat kebersamaan dalam melaksanakan agenda reformasi institusi.
  • Kerajaan menegaskan pintu perbincangan terbuka kepada mana-mana Ahli Parlimen yang mahu berbincang dan menandatangani CSA.
  • Mekanisme penilaian bersama boleh dipertimbangkan untuk meneliti pelaksanaan perkara yang dipersetujui.
  • Kerajaan komited melaksanakan janji dalam CSA, khususnya berkaitan usaha reformasi institusi.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kerjasama itu turut mencerminkan semangat kebersamaan dalam melaksanakan agenda reformasi institusi, dengan enam daripada 13 Ahli Parlimen berkenaan mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Ini merupakan satu perkembangan yang positif terhadap kestabilan politik negara serta mencerminkan semangat kebersamaan dalam melaksanakan beberapa usaha reformasi institusi dan… tindakan menandatangani MoU ataupun CSA ini tidak terbatas kepada 13 orang ahli Parlimen ini sahaja dan terbuka kepada mana-mana ahli Parlimen yang berhasrat untuk datang, berbincang, dan menandatangani CSA. Jadi pintu perbincangan itu kekal terbuka,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di sini.

Mekanisme penilaian bersama antara kedua-dua pihak boleh dipertimbangkan bagi meneliti pelaksanaan perkara yang telah dipersetujui.

Kaedah itu pernah digunakan dalam mekanisme CSA pada 2021 hingga 2022 bagi mengesahkan pelaksanaan komitmen yang dipersetujui.

Beliau berkata, kerajaan komited melaksanakan janji dalam CSA berkenaan, khususnya perkara yang melibatkan reformasi institusi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.