
KUALA LUMPUR, 6 Jun – Sistem Pengurusan Bersepadu Perumahan (HIMS) akan diperkukuh bagi membolehkan pemantauan dilaksana dengan lebih proaktif dan berkesan.
- Fokus mengesan tanda-tanda kelewatan projek lebih awal untuk pencegahan masalah.
- Tindakan intervensi diambil lebih pantas sebelum projek mencapai tahap kritikal.
- Pelancaran Reformasi Perumahan MADANI untuk membanteras projek sakit dan terbengkalai, sasaran sifar menjelang 2030.
- Menguatkuasakan audit Akaun Pemajuan Perumahan untuk meningkatkan ketelusan dan pengurusan dana berintegriti.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, fokusnya tertumpu kepada usaha memastikan tanda-tanda kelewatan projek dikesan lebih awal.
Ini penting agar tindakan intervensi dapat diambil lebih pantas sebelum sesuatu projek memasuki tahap kritikal.
“Sebagai langkah ke hadapan, KPKT telah melancarkan Reformasi Perumahan MADANI bagi membanteras isu projek sakit dan terbengkalai secara lebih menyeluruh, sekali gus merealisasikan sasaran sifar projek perumahan terbengkalai menjelang tahun 2030,” katanya.
Beliau berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek KL360 di sini, hari ini.
Mengulas lanjut mengenai Reformasi Perumahan MADANI, beliau berkata, antara langkah utama lain yang akan dilaksana termasuk mewajibkan audit ke atas Akaun Pemajuan Perumahan (HDA).
Langkah itu bertujuan meningkatkan ketelusan dan memastikan dana projek diurus lebih berhemah serta berintegriti.