Seremban catat IPU tertinggi, 187 pagi ini

(Foto fail Bernama) Pemandangan sekitar pusat bandar Seremban yang berjerebu pada 21 Julai lepas

KUALA LUMPUR, 9 Oktober- Seremban merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi di negara ini dengan bacaan 187 setakat pukul 6.00 pagi ini, diikuti Nilai, Negeri Sembilan (184) dan Segamat, Johor (183).

RINGKASAN BERITA AI
  • Data APIMS menunjukkan 36 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat.
  • Kawasan lain catat bacaan tinggi termasuk Bukit Rambai, Bandaraya Melaka, Johan Setia, Tangkak dan Shah Alam.
  • Kategori IPU ditetapkan: 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat.
  • Untuk maklumat IPU terkini, lawati laman JAS atau muat turun aplikasi MyJAS EQMS.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 36 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat.

Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka masing-masing merekodkan bacaan 182, diikuti Johan Setia, Selangor (182), Tangkak, Johor (180) dan Shah Alam, Selangor (177).

Alor Gajah, Melaka turut mencatat bacaan 177, manakala Pasir Gudang dan Kluang, Johor masing-masing merekodkan 176 dan 175.

Tasek Ipoh, Perak pula mencatat bacaan 174, diikuti Port Dickson, Negeri Sembilan (173), Batu Muda, Kuala Lumpur (172) serta Tanjung Malim, Perak dan Putrajaya masing-masing 171.

Bacaan IPU antara 51 hingga 100 dikategorikan sebagai sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat dan 201 hingga 300 sangat tidak sihat.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.

Bagi mendapatkan maklumat berkaitan IPU terkini, layari laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) di pautan https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main atau muat turun aplikasi telefon pintar rasmi MyJAS EQMS.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.