
KUALA LUMPUR, 5 Jun – Urusan permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 boleh dilakukan secara dalam talian.
- Pemohon perlu mendaftar atau mempunyai akaun MySPR sebelum memohon undi pos.
- Permohonan undi pos untuk Kategori 1A, 1B dan 1C telah dibuka.
- Semua permohonan undi pos hendaklah dibuat melalui pautan rasmi SPR.
- Tarikh tutup akan dimaklumkan kemudian; pertanyaan: 03-88927080 atau e-mel upup@spr.gov.my.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Khairul Shahril Idrus dalam kenyataan memaklumkan, pemilih yang layak dan berhasrat untuk mengundi secara pos perlu mendaftar atau mempunyai akaun MySPR sebelum membuat permohonan mengundi secara pos.
“Semua permohonan undi pos hendaklah dibuat secara dalam talian (online) di pautan https://myspr.spr.gov.my.
“Permohonan undi pos bagi semua kategori iaitu Kategori 1A (Anggota Polis, Anggota Tentera, Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, dan Petugas Media), Kategorl 1B (warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara), dan Kategori 1C (agensi/organisasi) telah dibuka mulai Jumaat, 5 Jun 2026,” menurut kenyataan itu.
Tarikh tutup permohonan undi pos bagi semua kategori akan dimaklumkan kemudian, manakala sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut boleh diajukan melalui talian 03-88927080 atau e-mel ke upup@spr.gov.my.
Terdahulu, SPR turut memaklumkan bahawa agensi itu telah menerima notis rasmi berhubung pembubaran Dewan Negeri Johor ke-15 pada 2 Jun lepas menerusi Speaker Dewan Negeri Johor Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi.