
KINABATANGAN, 24 Januari – Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan dengan kemengangan menjadi milik Mohd Kurniawan Naim Moktar mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 14,214 undi.
- BN kekal memegang kerusi Parlimen Kinabatangan melalui kemenangan Mohd Kurniawan Naim Moktar.
- Mohd Kurniawan meraih 19,852 undi, mengatasi calon Warisan dan calon bebas.
- Majoriti kemenangan ialah 14,214 undi.
- PRK diadakan susulan kematian penyandang terdahulu, Bung Moktar Radin.
Pengumuman keputusan dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil (PRK), Dr Eddy Syaizul Rizam Abdullah, di pusat penjumlahan rasmi undi Dewan Sri Lamag di sini, malam ini.
Mohd Kurniawan Naim Moktar memperoleh 19,852 undi sekali gus menewaskan pencabarnya Datuk Sadd Abdul Rahman (Warisan) yang memperoleh 5,638 undi dan Goldam Hamid (Bebas) memperoleh 946 undi.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember tahun lepas.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Bung Moktar mempertahankan kerusi Parlimen itu selepas meraih majoriti 4,330 undi menewaskan pencabarnya, Mazliwati Abdul Malek daripada Warisan.
Dr Eddy Syaizul Rizam memaklumkan sebanyak 369 kertas undi ditolak dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) berkenaan.