
KINABATANGAN, 24 Januari- Sebanyak 43.23 peratus atau 20,873 pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan 44.50 peratus atau 6,014 pengundi di PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag telah menunaikan tanggungjawab masing-masing setakat 1 tengah hari, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
RINGKASAN BERITA AI
- Kebanyakan pusat mengundi dibuka dari 7.30 pagi hingga dijangka tutup 5.30 petang.
- PRK diadakan susulan kematian penyandang sebelum ini, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
- Proses pengundian melibatkan 48,282 pengundi terlibat untuk memilih wakil rakyat baharu.
Menurut SPR, proses pengundian hari ini melibatkan 48,282 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.
Sebanyak 36 pusat mengundi dibuka kepada pengundi bermula pukul 7.30 pagi dengan kebanyakan pusat dijadualkan ditutup pada 5.30 petang.
PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember tahun lepas.