
LABUAN, 1 Jun- Program Maitah ke Muzium Labuan 2026 berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 2,500 pengunjung dalam tempoh sepuluh hari penganjurannya bermula 23 Mei lalu.
- Program sempena Hari Kaamatan dan Gawai mendekatkan masyarakat dengan Jabatan Muzium Malaysia melalui aktiviti interaktif bertema warisan dan sejarah Borneo.
- Pelbagai aktiviti disediakan termasuk permainan tradisional, pertandingan mewarna, teka berat padi, demonstrasi menumbuk dan menampi padi.
- Program turut diadakan di Muzium Chimney dan Muzium Marin Labuan selain Muzium Labuan.
Pengarah Muzium Labuan, Muhammad Azam Adnan berkata penganjuran program sempena Hari Kaamatan dan Gawai itu sebagai usaha mendekatkan lagi masyarakat dengan Jabatan Muzium Malaysia menerusi aktiviti lebih interaktif dan dekat di hati rakyat.
“Warga setempat mengambil peluang bersempena cuti perayaan berganda dan cuti persekolahan dengan mengunjungi Muzium Labuan.
“Pelbagai aktiviti santai dan berinformasi disediakan buat pengunjung yang mengangkat tema warisan dan sejarah tempatan Borneo,” katanya.
Antara pengisian program termasuk permainan tradisional, pertandingan mewarna, teka berat padi,
demonstrasi menumbok dan menampi padi bersempena Sambutan Hari Kaamatan dan Gawai.
Program sama turut dianjurkan di dua lagi lokasi iaitu Muzium Chimney dan Muzium Marin Labuan.