
KUALA LUMPUR, 1 Jun- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir menyeluruh dijangka melanda di kawasan pedalaman, Kedah pada petang ini.
- Ribut petir diramal melanda kebanyakan kawasan pedalaman Perlis dan beberapa tempat di Pulau Pinang petang ini.
- Amaran ribut petir dikeluarkan untuk beberapa kawasan pedalaman di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
- Ribut petir juga diramal di beberapa tempat Sabah (Pedalaman, Tawau, Sandakan) dan Sarawak (Mukah, Kapit, Bintulu, Miri, Limbang).
MetMalaysia menerusi laman sesawang memaklumkan ribut petir turut diramal melanda kebanyakan tempat di kawasan pedalaman Perlis dan beberapa tempat di Pulau Pinang.
“Amaran sama turut dikeluarkan di beberapa tempat kawasan pedalaman di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor,” menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, tiada hujan dijangka berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.
Sementara itu, ribut petir diramal berlaku di beberapa tempat di Sabah dan Sarawak.
“Di Sabah, ribut petir dijangka melanda di Pedalaman, Tawau dan Sandakan.
“Manakala, di Sarawak melibatkan Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang,” menurut kenyataan sama.