Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari TUDM ke-68

Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Yang di-Pertuan, Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-68 kepada seluruh warga dan veteran pasukan itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perkongsian di Facebook oleh Seri Paduka Baginda sebagai Pemerintah Tertinggi ATM.
  • Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada komitmen warga TUDM mempertahankan kedaulatan ruang udara negara.
  • Mengucapkan Al-Fatihah dan berdoa agar mereka yang telah pergi ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta para syuhada.

Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada komitmen warga TUDM dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

“Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.