Menteri, Timbalan Komunikasi zahir ucapan Keputeraan Agong

KUALA LUMPUR, 1 Jun Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ucapan sembah takzim dan setinggi-tinggi tahniah disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong melalui hantaran Facebook.
  • Kandungannya termasuk ucapan "Dirgahayu Tuanku" dan doa "Allah Selamatkan Sultan".
  • Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching turut merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah.
  • Beliau menyebut peranan sebagai Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen Kulai dalam hantaran Facebook.

“Sembah takzim daripada patik serta seluruh warga Kementerian Komunikasi dan pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai. Dirgahayu Tuanku. Allah Selamatkan Sultan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Turut merafak sembah serta merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah ialah Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.

“Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Sembah takzim daripada saya, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching merangkap Ahli Parlimen Kulai,” ujar beliau menerusi hantaran di Facebook.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.