Tabika Kemas Serabang musnah terbakar

Tabika Kemas Serabang musnah sepenuhnya dalam kebakaran pada Sabtu

SARIBAS, 31 Mei – Tabika Kemas Serabang musnah 100 peratus dalam kejadian kebakaran pada petang Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Panggilan kecemasan diterima pada 2.17 petang; anggota BBP Betong digerakkan ke lokasi.
  • Operasi pemadaman sukar akibat laluan sempit; peralatan dipindahkan dengan kenderaan utiliti kerana FRT tidak dapat masuk.
  • Tiada mangsa dilaporkan; operasi dikawal dan tamat pada 4.14 petang; punca dan jumlah kerugian disiasat.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerusi kenyataan memaklumkan, panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.17 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, bangunan struktur tidak kekal itu didapati telah terbakar sepenuhnya.

“Operasi pemadaman menghadapi kesukaran berikutan laluan sempit ke lokasi, menyebabkan peralatan kebombaan terpaksa dipindahkan menggunakan kenderaan utiliti kerana jentera Fire Rescue Tender (FRT) tidak dapat memasuki kawasan kejadian,” menurut kenyataan itu.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut, manakala operasi pemadaman berjaya dikawal dan ditamatkan pada pukul 4.14 petang. Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.