Lelaki parah kemalangan kendiri

Kemalangan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sematan, Lundu

LUNDU, 31 Mei – Seorang lelaki cedera parah manakala seorang wanita cedera dalam kemalangan kendiri membabitkan sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sematan, di sini pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Panggilan kecemasan diterima pada pukul 1.22 petang; anggota BBP Lundu digerakkan ke lokasi.
  • Seorang penumpang wanita dikeluarkan lebih awal oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.
  • Operasi melibatkan enam anggota bomba; mangsa kemudian diserahkan kepada KKM dan operasi tamat kira-kira 2.02 petang.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, panggilan kecemasan diterima pada pukul 1.22 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pemandu lelaki didapati mengalami kecederaan parah, manakala seorang lagi penumpang wanita telah dikeluarkan lebih awal oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Mangsa lelaki kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Operasi melibatkan enam anggota bomba itu tamat sepenuhnya kira-kira pukul 2.02 petang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.