
KUALA LUMPUR, 26 Mei -Visit Malaysia Square @ Menara Kuala Lumpur dilancarkan, sebagai sebuah hab pelancongan dan gaya hidup yang mengetengahkan budaya, kreativiti serta identiti masyarakat majmuk Malaysia.
- Program kebudayaan dan aktiviti komuniti mingguan: tarian, muzik tradisional, bengkel batik, demonstrasi kraf serta sambutan perayaan bermusim.
- Inisiatif tanggungjawab sosial korporat dikembangkan bersama MOTAC, Jabatan Kebudayaan dan DBKL bagi menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
- Majlis pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Chua Choon Hwa, disaksikan pemegang taruh industri dan rakan strategik.
- Kemuncak acara berupa majlis makan malam bertema "From Foundation to Skyline", melambangkan legasi pertumbuhan dan peranan Menara Kuala Lumpur.
Menara Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan, pelbagai program kebudayaan dan aktiviti komuniti mingguan akan dianjurkan sepanjang tahun.
Ia termasuk persembahan tarian dan muzik tradisional, bengkel batik, demonstrasi kraf tempatan serta sambutan perayaan bermusim bagi memastikan kawasan ini sentiasa meriah dan aktif
“Inisiatif tanggungjawab sosial korporat itu dibangunkan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026,” menurut kenyataan itu.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), MOTAC, Chua Choon Hwa serta disaksikan para pemegang taruh industri pelancongan, rakan strategik, wakil media dan peneraju industri, dengan berlatarbelakangkan panorama ikonik Kuala Lumpur.
Kemuncak sambutan berlangsung pada sebelah malam menerusi majlis makan malam gilang-gemilang bertemakan “From Foundation to Skyline”.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching serta Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah.
Sambutan tersebut melambangkan legasi pertumbuhan, transformasi dan sumbangan dalam mencorakkan landskap bandar Malaysia, di samping memperkukuh peranan Menara Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan dan gaya hidup utama di tengah ibu kota.