Kenderaan 4×4 bekas pemain bola sepak disita

Kenderaan pacuan empat roda milik bekas pemain bola sepak kebangsaan diperiksa dalam Operasi Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2026 oleh JPJ Terengganu – RTM

KUALA TERENGGANU, 25 Mei – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menyita kenderaan pacuan empat milik bekas pemain bola sepak kebangsaan dalam Operasi Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2026 di Jalan Sultan Mohamad, di sini, pada pukul 4.20 petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kenderaan dikesan melakukan kesalahan trafik termasuk cukai jalan dan insurans tamat sejak Disember, cermin gelap, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.
  • JPJ menegaskan kegagalan memperbaharui cukai jalan dan insurans melanggar undang-undang dan menyukarkan tuntutan jika berlaku kemalangan.
  • Kenderaan akan dikenakan tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang jalan raya.

Kenderaan itu dikesan melakukan pelbagai kesalahan trafik termasuk cukai jalan, insurans tamat tempoh sejak Disember tahun lalu, selain cermin gelap dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Pengarah JPJ Terengganu, Mohd Zamri Samion (kanan) mengetuai Operasi Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2026 di Jalan Sultan Mohamad, Kuala Terengganu – RTM

Pengarah JPJ Terengganu, Mohd Zamri Samion berkata, kegagalan memperbaharui cukai jalan dan insurans bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh menyukarkan urusan tuntutan sekiranya berlaku kemalangan.

Tegasnya, jika berlaku kemalangan maut atau kecederaan, pihak mangsa mungkin berdepan kesukaran membuat tuntutan kerana kenderaan terbabit tidak dilindungi insurans.

Menurutnya, kenderaan berkenaan kini disita untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang jalan raya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.