
MEKAH, 23 Mei – Seorang lagi jemaah lelaki bagi Musim Haji 1447/2026 meninggal dunia di sini pada Khamis, 21 Mei.
- Jemaah dari Machang, Kelantan, umur 77, hadir bersama isteri, ahli kumpulan KT50 dan menginap di Hotel Abraj Al-Tayseer.
- Disahkan meninggal di Hospital King Abdul Aziz akibat jangkitan kuman di kawasan perut (intra-abdominal sepsis).
- Jenazah disembahyangkan di Masjidil Haram selepas solat subuh dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea; TH mengucapkan takziah.
Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan memaklumkan, jemaah berasal dari Machang, Kelantan, berusia 77 tahun itu hadir bersama isteri ke tanah suci.
“Allahyarham merupakan jemaah daripada kumpulan KT50 dan menginap di Hotel Abraj Al-Tayseer. Beliau telah disahkan meninggal dunia di Hospital King Abdul Aziz pada pukul 5.40 petang akibat jangkitan kuman di kawasan perut (intra-abdominal sepsis),” menurut kenyataan itu.
Jenazah disembahyangkan di Masjidil Haram selepas solat subuh semalam dan kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Al Sharayea, Mekah untuk dikebumikan.
“TH mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham,” katanya.