Sultan Ibrahim zahir ucapan tahniah kejayaan JDT juarai Piala Malaysia

Foto Facebook Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2025-2026 buat kali keenam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seri Paduka Baginda menghargai semangat juang pemain, barisan kejurulatihan dan sokongan padu penyokong setia JDT.
  • Penyokong menjadi sumber inspirasi dan kekuatan, menyemarakkan semangat juang serta motivasi untuk terus berjaya.
  • Seri Paduka mengucapkan syabas kepada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail; JDT mencipta sejarah dan melengkapkan quadruple musim ini.

Menerusi hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut menghargai semangat juang para pemain, barisan kejurulatihan serta sokongan padu penyokong setia JDT yang sentiasa bersama pasukan dalam apa jua keadaan.

“Penyokong sentiasa menjadi sumber inspirasi dan kekuatan buat pasukan dalam menyemarakkan semangat juang serta suntikan motivasi untuk terus melakar kejayaan,” titah Seri Paduka Baginda.

Sultan Ibrahim turut menzahirkan ucapan syabas kepada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, yang juga pemilik Kelab JDT.

Dalam aksi perlawanan akhir tersebut, JDT mencipta sejarah sebagai pasukan pertama meraih kejuaraan Piala Malaysia empat musim berturut-turut sekali gus melengkapkan ‘quadruple’ selepas menjuarai Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super musim ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.