Jerebu: Raja Permaisuri Agong kurnia 376,000 pelitup muka

Foto Facebook Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 22 Oktober – Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengurniakan 376,000 pelitup muka kepada murid sekolah di Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sebagai usaha membantu menjaga kesihatan murid yang terkesan akibat jerebu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kurniaan disalurkan melalui Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor bersama Jeffrey Cheah Foundation dan Wangsa Ultima Sdn. Bhd.
  • Agihan melibatkan murid di 289 sekolah di Kuala Lumpur dan 28 sekolah di Putrajaya untuk menjaga kesihatan terkesan jerebu, terutama keluarga B40.
  • Majlis penyerahan disampaikan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Tan Sri Datuk Dr Azmi Rohani kepada pengetua dan guru besar.
  • Majlis turut dihadiri Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy, CEO Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor Hishamuddin Abdul Rahim dan Timbalan Pengarah Hirudin Mohit.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kurniaan disalurkan menerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor dengan kerjasama Jeffrey Cheah Foundation dan Wangsa Ultima Sdn. Bhd.

“Sebanyak 376,000 pelitup muka akan diagihkan kepada murid-murid di 289 sekolah di Kuala Lumpur dan 28 sekolah di Putrajaya sebagai usaha membantu menjaga kesihatan murid yang terkesan akibat jerebu, khususnya daripada keluarga B40.

“Agihan melibatkan murid-murid di 289 sekolah di Kuala Lumpur dan 28 sekolah di Putrajaya sebagai usaha menjaga kesihatan murid yang gerkesan akibat jerebu, khususnya kepada keluarga B40,” menurut hantaran itu.

Majlis penyerahan kurniaan disampaikan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Tan Sri Datuk Dr Azmi Rohani kepada pengetua dan guru besar sekolah-sekolah berkenaan di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor Hishamuddin Abdul Rahim dan Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Hal Ehwal Murid Kementerian Pendidikan Malaysia Hirudin Mohit.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.