Penggantungan MYEG tidak jejas urusan JPJ – Loke

Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Oktober – Penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI Berhad tidak menjejaskan urusan pembayaran saman serta pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kenyataan dibuat selepas Majlis Pelancaran Projek Pengindahan Stesen LRT Masjid Jamek.
  • Anthony Loke mengesahkan bayaran oleh syarikat terbabit masih belum dibuat.
  • Penggantungan pada 5 Oktober selepas kegagalan memindahkan kutipan hasil kerajaan RM314 juta bagi 19 Mei hingga 30 September.

Beliau berkata, orang ramai masih boleh melaksanakan urusan berkenaan menerusi aplikasi MyJPJ tanpa sebarang gangguan.

“Bukan tiada pilihan lain. Tiada gangguan. Jadi, bagi pengguna, tidak ada masalah dan kita juga tidak menghadapi masalah dalam tempoh dua minggu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Projek Pengindahan Stesen LRT Masjid Jamek di sini, hari ini.

Mengulas tunggakan kutipan hasil kerajaan oleh syarikat berkenaan, Anthony mengesahkan bayaran masih belum dibuat.

“Dari segi pembayaran, ia masih belum lagi,” katanya.

Pada 5 Oktober lalu, Anthony dilaporkan berkata, perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI Berhad sebagai ejen pemungut hasil Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) digantung selepas gagal memindahkan kutipan hasil kerajaan berjumlah RM314 juta bagi tempoh 19 Mei hingga 30 September lalu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.