Kes dadah: “Bagok” didakwa di Mahkamah Sesyen Langkawi

Foto RTM

LANGKAWI, 21 Mei – Seorang lelaki dikenali sebagai “Bagok” yang mempunyai rekod jenayah dan dadah didakwa di Mahkamah Sesyen Langkawi, Kedah pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Didakwa mengikut Seksyen 39C(1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.
  • Tertuduh mengaku tidak bersalah semasa prosiding.
  • Jika sabit, hukuman lima hingga tujuh tahun penjara, sehingga tiga sebatan dan pengawasan dua hingga tiga tahun.

Bagok atau nama sebenarnya Zuhaimi Saad, 47 tahun, didakwa mengikut Seksyen 39C (1) (b) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dia yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah atas kesalahan itu.

Hakim Mahkamah Sesyen Langkawi, Mirza Mohamad menetapkan 25 Jun ini sebagai sebutan semula kes.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aqlima Azizi.

Media sebelum ini melaporkan bahawa tertuduh yang mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah di Langkawi ditahan polis selepas dipercayai menjadi orang kanan kepada anggota polis yang menjadi dalang, dikenali sebagai “Mr A”.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjara minimum lima tahun dan tidak melebihi tujuh tahun, serta dikenakan sebatan tidak melebihi tiga kali dan pengawasan untuk tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.