KPKM perjelas kekeliruan bayaran insentif pembajakan pesawah

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) tampil memberikan penjelasan mengenai kekeliruan berhubung pelaksanaan pembayaran Insentif Pembajakan kepada pesawah, susulan laporan media yang menyatakan bayaran RM300 sehektar mula disalurkan secara berperingkat bermula 19 Mei 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bayaran semasa adalah bayaran pendahuluan RM200 sehektar one-off kepada pesawah yang layak, sebelum atau semasa kerja pembajakan dimulakan.
  • Baki RM100 sehektar dibayar selepas kerja pembajakan selesai dan disahkan oleh agensi berkaitan mengikut prosedur.
  • Pembayaran dibahagikan kepada dua peringkat seperti yang dinyatakan dalam siaran media KPKM.
  • KPKM menghargai peranan media dan berharap penjelasan ini merungkai kekeliruan berhubung mekanisme pembayaran.

KPKM memaklumkan bahawa pembayaran yang sedang dilaksanakan ketika ini hanyalah bayaran pendahuluan sebanyak RM200 sehektar secara one-off kepada pesawah yang layak, sebelum atau semasa kerja-kerja pembajakan dimulakan.

Menurut kementerian itu, baki RM100 sehektar pula akan dibayar selepas kerja pembajakan selesai dan disahkan oleh agensi berkaitan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Pelaksanaan ini adalah selaras dengan siaran media KPKM bertarikh 7 Mei 2026 yang menjelaskan bahawa Insentif Pembajakan sebanyak RM300 sehektar akan dibayar dalam dua peringkat.

“Bayaran pertama melibatkan RM200 sehektar sebagai bayaran pendahuluan, manakala baki RM100 sehektar akan disalurkan selepas kerja pembajakan selesai dan disahkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KPKM menghargai peranan media dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat dan berharap penjelasan itu dapat merungkai segala kekeliruan berhubung mekanisme pembayaran insentif berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.