Ketegangan di Bolivia: Ratusan penduduk gesa sekatan jalan raya dihentikan

Foto REUTERS

LA PAZ, 21 Mei– Ratusan rakyat Bolivia berarak di La Paz pada Rabu (20 Mei) bagi menuntut sekatan jalan raya dihentikan, susulan demonstrasi besar-besaran sejak beberapa minggu lalu bagi membantah langkah penjimatan oleh kerajaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Protes meluas melibatkan kesatuan sekerja, pelombong, pekerja pengangkutan dan komuniti luar bandar, menambah ketegangan kebangsaan.
  • Sekatan jalan raya mencetuskan krisis bekalan bahan api dan makanan serta memburukkan kos sara hidup keluarga terjejas.
  • Kerajaan mengumumkan rombakan kabinet sebagai tindak balas manakala penunjuk perasaan menuntut bantuan ekonomi dan peletakan jawatan presiden.

Ketegangan di Bolivia dilaporkan semakin memuncak sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Protes yang bermula dengan gerakan mogok pada awal Mei kini telah berkembang ke seluruh negara, membabitkan penyertaan meluas daripada kesatuan sekerja, golongan pelombong, pekerja pengangkutan, serta komuniti luar bandar.

Menurut para penunjuk perasaan pada Rabu, tindakan menyekat laluan di beberapa kawasan di negara itu telah mengakibatkan krisis bekalan bahan api dan makanan.

Situasi berkenaan sekali gus memburukkan lagi kos sara hidup dan menjejaskan kelangsungan hidup harian keluarga yang terkesan.

Sebagai tindak balas terhadap protes, kerajaan pimpinan Presiden Rodrigo Paz mengumumkan bahawa beliau akan merombak barisan kabinetnya.

Kumpulan itu mendesak agar kerajaan segera menangani isu peningkatan kos sara hidup, malah ada dalam kalangan mereka yang turut menuntut agar Presiden meletak jawatan.

Impak daripada krisis itu telah memaksa penutupan beberapa buah cawangan bank di La Paz manakala sekatan jalan raya terus menggangu rantaian bekalan ketika kesatuan sekerja, pelombong dan kumpulan luar bandar terus menuntut bantuan ekonomi segera daripada kerajaan. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.