Seludup 12 iguana jarang ditemui dari Galapagos, Ecuador tahan tiga warga Thailand

Foto AFP

QUITO, 21 Mei– Polis Ecuador berjaya menahan tiga warga Thailand yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan haram 12 ekor spesies iguana yang jarang ditemui, menurut kenyataan Kementerian Tenaga dan Alam Sekitar pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Iguana laut Galapagos adalah spesies endemik hanya ditemui di Kepulauan Galapagos, khazanah alam Ecuador.
  • Satu iguana ditemui mati; baki haiwan mengalami kecederaan fizikal akibat kaki diikat semasa pengangkutan.
  • Haiwan dikesan oleh anjing pengesan dalam bagasi untuk penerbangan ke Asia; mahkamah perintahkan reman dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun.

Iguana laut Galapagos merupakan spesies endemik yang hanya ditemui di Kepulauan Galapagos, sebuah kawasan khazanah alam dan pusat pelancongan terkenal Ecuador yang terletak kira-kira 1,000 kilometer dari pesisir pantai Lautan Pasifik.

Dalam pemeriksaan yang dijalankan di Lapangan Terbang Joaquin de Olmedo di bandar pelabuhan Guayaquil pada Selasa (19 Mei), seekor daripada iguana berkenaan ditemukan telah mati.

Kementerian berkenaan dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa baki iguana yang lain didapati mengalami “kecederaan fizikal” akibat keadaan kaki mereka yang diikat sepanjang tempoh pengangkutan.

Menurut pihak polis, haiwan-haiwan eksotik tersebut dikesan oleh anjing pengesan yang terlatih dalam mengesan hidupan liar, ketika disembunyikan di dalam bagasi yang dijadualkan berlepas ke Asia.

Susulan penemuan itu, mahkamah telah mengarahkan tahanan reman terhadap ketiga-tiga warga Thailand berkenaan atas pertuduhan menyeludup spesies hidupan liar dilindungi.

Di bawah undang-undang Ecuador, kesalahan tersebut boleh membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.