Ditipu tawaran kerja di Facebook, suri rumah rugi RM127,000

Wanita terpedaya dengan iklan Facebook mengenai tawaran kerja berkaitan getah rambut

KOTA SAMARAHAN, 20 Mei – Seorang suri rumah kerugian hampir RM127,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian yang diiklankan menerusi Facebook sejak Mac lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tawaran kerja memasang tag pada getah rambut menjanjikan pendapatan sehingga RM4,000.
  • Mangsa diminta membuat bayaran termasuk caj penghantaran, wang jaminan dan kos import.
  • Mangsa menyedari penipuan selepas tidak menerima sebarang bayaran dan membuat laporan polis.
  • Siasatan awal mendapati 48 transaksi dilakukan ke beberapa akaun antara 1 April hingga 15 Mei; kes disiasat di bawah Seksyen 420.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Barry William berkata, mangsa berusia 54 tahun itu tertarik dengan iklan pekerjaan yang menawarkan pendapatan sehingga RM4,000 bagi kerja memasang tag pada getah rambut.

“Mangsa kemudian diminta membuat pelbagai bayaran termasuk caj penghantaran, wang jaminan dan kos import sebelum dijanjikan bayaran lumayan.

“Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas tidak menerima sebarang bayaran seperti dijanjikan sebelum tampil membuat laporan polis semalam,” katanya ketika dihubungi RTM hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa melakukan sebanyak 48 transaksi ke beberapa akaun bank berbeza antara 1 April hingga 15 Mei lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.