
SHAH ALAM, 20 Mei – Polis mengesahkan seorang pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Vista Alam, Seksyen 14, awal pagi tadi.
- Pusat Kawalan IPD Shah Alam menerima maklumat kejadian sekitar pukul 3.07 pagi.
- Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
- Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu hasil bedah siasat.
- Ketua Polis Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3.07 pagi.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu hasil bedah siasat,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.