
BEIRUT, 13 Mei – Asap tebal kelihatan menyelubungi selatan Lubnan pada Rabu ketika rejim zionis dilihat berada di sepanjang kawasan sempadan susulan beberapa siri serangan terbaharu.
- 12 individu terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kenderaan di Lubnan, menurut Kementerian Kesihatan.
- Insiden berlaku ketika ketegangan antara Israel dan Hezbollah meningkat menjelang rundingan pusingan ketiga yang dimediasi Amerika Syarikat.
- Hezbollah mengesahkan komander pasukan elit Radwan terbunuh dalam serangan Israel di pinggir selatan Beirut minggu lalu.
- Walaupun gencatan senjata diumumkan bulan lalu, Israel terus melancarkan serangan; pertempuran tertumpu di selatan Lubnan.
Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan, 12 individu terbunuh dalam beberapa serangan udara Israel yang menyasarkan kenderaan di negara itu.
Insiden berlaku ketika konflik antara Israel dan Hezbollah terus memuncak menjelang rundingan pusingan ketiga yang dimediasi Amerika Syarikat antara Lubnan dan Israel.

Lebih 10 minggu selepas konflik yang tercetus susulan ketegangan melibatkan Iran, Hezbollah mengesahkan komander pasukan elit Radwan mereka terbunuh dalam serangan Israel di pinggir selatan Beirut minggu lalu.
Walaupun gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat diumumkan bulan lalu, Israel terus melancarkan serangan.
Pertempuran kini tertumpu di selatan Lubnan, kawasan yang diduduki tentera Israel dalam zon keselamatan yang diisytiharkan sendiri oleh rejim itu. – Reuters