
KUCHING, 13 Mei – Empat warga China berjaya menyelamatkan diri dalam insiden kebakaran melibatkan bilik sewa yang mereka diami di Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya, di sini, malam tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Kebakaran melibatkan tiga bilik sewa berdinding gypsum di tingkat atas sebuah bangunan dua tingkat.
- Keseluruhan struktur ketiga-tiga bilik sewa tersebut musnah dalam kebakaran.
- Dua jentera dan 16 anggota bomba dikerahkan; operasi tamat pukul 12.20 pagi; punca kejadian dalam siasatan.
Menurut Pusat Gerakan Bomba dan Penyelamat Sarawak, kebakaran melibatkan tiga bilik sewa berdinding gypsum di tingkat atas sebuah bangunan dua tingkat.
Kebakaran memusnahkan keseluruhan struktur ketiga-tiga bilik sewa tersebut.
Susulan aduan awam, dua jentera bersama 16 anggota bomba digerakkan ke lokasi kebakaran.
Hasil pemeriksaan, kesemua mangsa melibatkan tiga wanita dan seorang lelaki warga China berjaya menyelamatkan diri.
Operasi pemadaman kebakaran tamat pada pukul 12.20 pagi, dan punca kejadian masih dalam siasatan.