Dua beradik lemas, bapa terkilan tidak sempat kirim wang belanja

Jenazah mangsa lemas ditemukan/Foto RTM

KUALA NERUS, 13 Mei – Bapa kepada mangsa lemas Nur Afiqah Shahirah Mohd Shawalludin, 15 tahun dan adiknya Nur Shahila Shahirah Mohd Azman, 12 tahun tidak menyangka panggilan telefon dengan anaknya minggu lalu adalah perbualan mereka yang terakhir.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bapa berjanji mahu memberikan duit belanja yang diminta, tetapi tidak sempat menunaikannya.
  • Dia mengetahui tragedi daripada rakan selepas menunaikan solat zohor, ketika di Jabatan Perubatan Forensik.
  • Menganggap kedua beradik seperti anak sendiri, beliau sangat menyayangi mereka dan pasrah serta redha.
  • Jenazah kedua-dua beradik dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jeram.

Azman Abd Wahab, 43 tahun berkata, beliau berjanji mahu menemui anaknya itu hari ini bagi memberikan duit belanja yang diminta.

Ketika ditemui di Jabatan Perbuatan Forensik Hospital Sultan Zainal Abidin, Azman yang sangat sedih berkata, beliau hanya mengetahui kejadian yang menimpa
anak tirinya itu daripada rakannya kira-kira pukul 3.30 petang.

Ketika itu beliau baru sahaja selesai menunaikan solat zohor selepas pulang dari tempat kerja.

Menyifatkan sangat menyayangi kedua beradik itu sejak kecil lagi meskipun kedua-duanya merupakan anak tiri, beliau pasrah dan redha dengan ketentuan
Allah s.w.t.

”Saya sayang mereka, saya jaga dari kecil sampai besar dan anggap seperti anak kandung sendiri dan kami bukan orang senang,” luahnya.

Jenazah kedua-dua beradik tersebut dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jeram.