OP Selera: 27 warga asing ditahan, 5 majikan disiasat

Foto JIM Sarawak

KUCHING, 13 Mei – 27 warga asing ditahan menerusi Operasi Selera yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak di beberapa premis makanan sekitar Kuching, Isnin
lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serbuan dijalankan di beberapa premis makanan termasuk Tabuan, Taman Samarindah, Pusat Perniagaan Jalan Song dan Taman Berjaya.
  • Tangkapan melibatkan warga asing dipercayai melakukan salah guna pas dan tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.
  • Lima majikan atau wakil dipanggil membantu siasatan dan JIM Sarawak akan mempergiat operasi penguatkuasaan untuk pastikan pematuhan.

JIM Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan, antara lokasi serbuan, Tabuan, Taman Samarindah, Pusat Perniagaan Jalan Song dan Taman Berjaya.

Operasi dilaksanakan hasil risikan terhadap premis makanan yang disyaki menggaji warga asing tanpa permit kerja sah.

Kesemua yang ditahan dipercayai melakukan kesalahan salah guna pas serta tinggal lebih masa.

Lima majikan atau wakil majikan turut dipanggil untuk membantu siasatan.

JIM Sarawak menegaskan, akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan majikan mematuhi peraturan imigresen yang ditetapkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.