379 warga agensi JPM Hal Ehwal Agama terima APC 2025

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Dedikasi dan jasa 379 warga agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diiktiraf dan dihargai menerusi Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri berharap penghargaan meningkatkan mutu perkhidmatan awam melalui konsep 'itqan' berkualiti dan berhikmah dalam melaksanakan tanggungjawab.
  • Konsep re-thinking menekankan pemikiran mendalam untuk mencari solusi terbaik, meneroka daya cipta dan inovasi bagi hal ehwal agama.
  • Beliau menyeru penjawat awam bersedia dengan ilmu dan kemahiran baharu menghadapi realiti serta isu semasa yang pantas berubah.
  • Antara agensi terlibat ialah JAKIM, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Menterinya, Dr. Zulkifli Hasan, berharap penghargaan itu dapat meningkatkan mutu perkhidmatan awam dengan mengamalkan konsep ‘itqan’ iaitu berkualiti dan berhikmah dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

“Re-thinking ourselves kita berfikir secara mendalam dalam mencari dan menawarkan solusi terbaik kepada rakyat, khususnya dalam penyampaian perkhidmatan.

“Ini bermakna, pendekatan re-thinking perlu dilaksanakan bagi membolehkan kita meneroka daya cipta serta inovasi yang dapat membantu, khususnya dalam konteks hal ehwal agama”, katanya dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025.

Beliau turut menyeru para penjawat awam agar bersedia dengan ilmu dan kemahiran yang baharu bagi menghadapi realiti dan isu semasa yang pantas berubah serta mencabar.

Antara agensi yang terlibat ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.