Niaga hadapan KLCI dibuka rendah

Foto fail

KUALA LUMPUR, 29 April -Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah di Bursa Malaysia Derivatives hari ini, berbanding prestasi pasaran tunai.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kontrak April, Mei, Jun dan September 2026 merosot antara 2.5 hingga 4.5 mata pada 9.55 pagi.
  • Jumlah dagangan berjumlah 7,149 lot, kepentingan terbuka 57,266 kontrak.
  • Selepas sejam pertama, FBM KLCI susut 5.93 mata kepada 1,723.67.

Pada 9.55 pagi, kontrak April 2026 susut empat mata kepada 1,722.0, manakala kontrak Mei 2026 dan Jun 2026 masing-masing turun 4.5 mata kepada 1,721.5 dan 1,720.0. Kontrak September 2026 pula merosot 2.5 mata kepada 1,703.5.

Jumlah dagangan berjumlah 7,149 lot, manakala kepentingan terbuka sebanyak 57,266 kontrak.

Selepas sejam pertama dagangan, FBM KLCI susut 5.93 mata kepada 1,723.67 berbanding paras 1,729.60 ketika ditutup pada Selasa. – BERNAMA