
dalam satu operasi penguatkuasaan di Guar Chempedak di sini pada Jumaat.
YAN, 25 April – Seorang lelaki ditahan selepas disyaki menggunakan kad fleet Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) milik ahli keluarganya untuk membeli bahan api itu bagi kegunaan bot.
- Penahanan oleh Pasukan Gerakan Am Batalion 2 dalam operasi penguatkuasaan di Guar Chempedak pada Jumaat.
- Suspek berumur 29 tahun ditemui mengisi 150 liter diesel ke dalam tong di stesen minyak tanpa permit khas.
- Barang kes dirampas bernilai lebih RM50,000, siasatan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dijalankan.
Penahanan dibuat Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2 dalam satu operasi penguatkuasaan di Guar Chempedak di sini pada Jumaat.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Kedah mendedahkan, ketika tangkapan, suspek yang berusia 29 tahun sedang mengisi minyak diesel ke dalam tong di sebuah stesen minyak.
“Pemeriksaan mendapati lelaki itu mengisi sebanyak 150 liter diesel ke dalam tong yang diletakkan di bahagian belakang sebuah lori bertutup kanvas tanpa memiliki permit khas,” menurut kenyataan itu.
Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut merampas barang kes dengan nilai keseluruhan berjumlah melebihi RM50,000.
Siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).