
KUALA LUMPUR, 21 April – Sokongan kewangan berjumlah RM10 bilion kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dapat memastikan kelangsungan operasi perniagaan usahawan yang terkesan krisis bekalan global.
- Bantuan menunjukkan keprihatinan kerajaan melindungi PMKS.
- Usahawan rasa lega dan berterima kasih kepada kementerian serta agensi atas bantuan, termasuk penjadualan semula pinjaman.
- Sektor makanan dan minuman serta pengangkutan paling terjejas, terutamanya kerana tekanan kos.
- Harapan kerajaan terus memberi perhatian dan mencari penyelesaian jangka panjang terhadap cabaran dihadapi PMKS.
Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM), Datuk Seri Abu Hasan Mohd Nor menyifatkan bantuan itu sebagai bukti keprihatinan kerajaan dalam melindungi kelompok berkenaan.
“Kami memang rasa lega dan berterima kasih kepada kementerian dan agensi yang terlibat atas bantuan yang dihulurkan termasuk dari segi penjadualan semula pinjaman, untuk industri kecil dan sederhana ini,” katanya kepada RTM.
Menurutnya, antara sektor yang paling terjejas adalah makanan dan minuman serta pengangkutan, terutama dalam aspek tekanan kos.
Beliau berharap kerajaan terus memberi perhatian kepada sektor berkenaan dengan mencari penyelesaian jangka panjang terhadap cabaran yang dihadapi.