Puting beliung landa Illinois, jejas kawasan persekitaran

Kawasan perkampungan Lena, Illinois terjejas akibat puting beliung/ REUTERS

ILLINOIS, 19 April – Kawasan perkampungan Lena, Illinois dilanda puting beliung pada Jumaat yang menyebabkan kawasan tersebut mengalami kerosakan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pejabat Syerif Daerah Stephenson melaporkan tiada kematian atau kecederaan walaupun berlaku kerosakan.
  • Banyak jalan raya terhalang akibat serpihan, menyukarkan akses kecemasan dan penduduk.
  • Keadaan berbahaya berterusan disebabkan kabel elektrik terputus, struktur rosak dan taburan serpihan.
  • Rakaman video menunjukkan pokok tumbang dan pasukan kecemasan berkumpul di lokasi kejadian.

Pejabat Syerif Daerah Stephenson menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, meskipun keadaan tersebut merosakkan kawasan berkenaan, namun tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.

“Banyak jalan raya terhalang akibat serpihan, selain keadaan berbahaya masih berterusan susulan kabel elektrik yang terputus, struktur bangunan yang rosak serta taburan serpihan di beberapa kawasan.

“Rakaman video oleh stesen televisyen ABC afiliasi WTVO menunjukkan pokok-pokok tumbang serta anggota pasukan kecemasan berkumpul di lokasi kejadian pada Jumaat,” menurut hantaran itu.- REUTERS