Ejen hartanah didenda, gara-gara ekori konvoi

Pemandu SUV, Bryan Marc Daniel didakwa mengikut Seksyen 21(2) Akta Polis 1967

KUALA LUMPUR, 8 Oktober – Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman denda RM4,000 terhadap seorang ejen hartanah selepas mengaku bersalah mengingkari arahan polis dengan mengekori konvoi yang mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tertuduh Bryan Marc Daniel, 27, didakwa sebagai pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV).
  • Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 21(2) Akta Polis 1967.
  • Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farhanah Arul Hisham; peguam R. Karnan mewakili tertuduh.
  • Rakaman tular menunjukkan pemandu mengekori konvoi dan enggan mematuhi amaran daripada juruiring polis.

Tertuduh, Bryan Marc Daniel, 27 tahun didakwa sebagai pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) telah mengingkari arahan pegawai polis dalam melaksanakan tugas di KESAS dari arah Kajang menghala ke Subang Jaya.

Pertuduhan mengikut Seksyen 21(2) Akta Polis 1967, dengan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farhanah Arul Hisham, manakala peguam R. Karnan mewakili tertuduh.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan seorang pemandu SUV mengekori konvoi polis dengan seorang anggota yang bertugas sebagai juruiring memberi amaran kepada pemandu terbabit agar tidak mengekori konvoi berkenaan, namun individu terbabit enggan mematuhi arahan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.