
SYDNEY, 18 April –Australia melanjutkan tempoh kelonggaran piawaian kualiti bahan api sehingga akhir September ini, susulan tekanan terhadap bekalan berikutan krisis tenaga global.
- Menteri Chris Bowen berkata rantaian bekalan global kekal tidak menentu walaupun terdapat perkembangan positif kebelakangan ini.
- Had kandungan sulfur dinaikkan daripada 10 bahagian per sejuta kepada 50 ppm.
- Kelonggaran diumumkan pertama kali pada Mac sebagai tindak balas terhadap gangguan bekalan dan kekurangan import di beberapa kawasan.
- Langkah memberi ruang kepada pengilang dan pengimport menyesuaikan operasi, bahan api sulfur lebih tinggi boleh dicampur pada kadar lebih rendah.
Menteri Tenaga Australia, Chris Bowen berkata, rantaian bekalan global masih berdepan ketidaktentuan berterusan meskipun terdapat perkembangan positif kebelakangan ini.
“Had kandungan sulfur dalam petrol yang dinaikkan daripada 10 bahagian per sejuta (ppm) kepada 50 ppm akan dikekalkan sehingga akhir September,” katanya.
Kelonggaran itu diumumkan buat pertama kali pada Mac lalu sebagai tindak balas terhadap gangguan bekalan, ketika Australia yang banyak bergantung kepada import bahan api berdepan kekurangan di beberapa kawasan.
Bowen turut menjelaskan, selepas September, bahan api dengan kandungan sulfur lebih tinggi itu masih boleh digunakan dalam campuran pada kadar lebih rendah sehingga 31 Disember.
Langkah itu diambil bagi memberi ruang kepada pengilang dan pengimport menyesuaikan operasi masing-masing. – REUTERS