Rundingan damai AS-Iran tidak libatkan bayaran – Trump

Foto Reuters

ARIZONA, 18 April – Rundingan damai yang sedang dilaksana Amerika Syarikat (AS) dengan Iran tidak akan melibatkan sebarang bayaran dalam apa jua bentuk.

RINGKASAN BERITA AI
  • Proses rundingan dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat, menurut Trump.
  • Pusingan kedua rundingan dijangka diadakan hujung minggu ini di Pakistan, lokasi pusingan sebelumnya.
  • Trump kata pembukaan semula Selat Hormuz oleh Iran langkah positif menstabilkan laluan maritim global.
  • Sekatan ketenteraan AS terhadap Tehran masih berkuat kuasa sehingga rundingan selesai sepenuhnya.

Perkara itu dinyatakan Presiden AS, Donald Trump susulan tindakan Iran membuka semula Selat Hormuz sepenuhnya.

Jelas Trump, proses rundingan itu dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

“Proses ini sepatutnya berjalan sangat cepat kerana kebanyakan perkara sudah dirundingkan dan dipersetujui,” katanya ketika berucap kepada para penyokongnya dalam sebuah acara politik di sini pada Jumaat.

Terdahulu, Trump memaklumkan pusingan kedua rundingan antara AS dengan Iran dijangka diadakan hujung minggu ini di Pakistan, lokasi sama seperti pusingan sebelumnya.

Mengulas lanjut mengenai pembukaan semula Selat Hormuz, beliau menyifatkannya langkah positif Iran dalam menstabilkan kembali laluan maritim global.

Bagaimanapun, sekatan ketenteraan Washington terhadap Tehran masih berkuat kuasa sehingga urusan antara kedua-dua pihak selesai sepenuhnya menerusi rundingan yang sedang berjalan. – REUTERS