Uranium diperkaya Iran tidak akan dipindah ke AS

Foto AFP

TEHRAN, 18 April – Iran menegaskan stok uranium diperkaya miliknya tidak akan dipindahkan ke lokasi lain termasuk Amerika Syarikat (AS).

RINGKASAN BERITA AI
  • Iran menegaskan uranium diperkaya tidak akan dipindahkan ke mana-mana, termasuk ke Amerika Syarikat.
  • Jurucakap Kementerian Luar Esmaeil Baqaei sahkan pemindahan itu tidak pernah dipersetujui dalam rundingan dengan Washington.
  • Baqaei anggap dakwaan itu sebagai kempen media untuk mempengaruhi proses dan keputusan rundingan damai.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei mengesahkan, perkara berhubung pemindahan uranium sama sekali tidak pernah dipersetujui dalam rundingan antara Washington dengan Tehran.

“Uranium diperkaya Iran tidak akan dipindahkan ke mana-mana. Ia sangat penting bagi kami, sama seperti penting dan sucinya tanah Iran,” jelasnya.

Terdahulu, Trump berkata, kerjasama dengan Iran akan dijalankan untuk mendapatkan bahan berkaitan nuklear dalam bentuk debu atau serbuk dan dibawa pulang ke AS.

Esmaeil menyifatkan dakwaan berhubung perkara itu sebenarnya sebahagian daripada kempen media bagi mempengaruhi proses dan keputusan rundingan damai antara Washington dan Tehran. – AFP